peTua

PETUA 2U>>

#anak kecil anda selalu kena bengkak kelenjar/kaki atau kepala berkudis>>

cari batu sebesar kepal carilah dimana2 gigi waterfool,panaskan seagak yang boleh panas,sesudah itu balut menggunakan surat khabar dan dibaluti lagi dengan kain,tuam tempat yang ada kelenjar spt celah peha ditengkuk atau bawah ketiak sehingga kelenjarnya surut.selepas baik kelenjarnya beli lah apa2 ubat gatal yang murah sekali pun cth..daun gelengang rm3.00 insyallah mujarab.

#bagi baby yang rewel dan selalu nangis malam>>

sama juga carikan batu yang sebesar telur ayam panas seagak kadar tahan bayi,balut surat khabar dan kain buat tuam di kaki,celah peha dan tengkuk..
amalkan tiap selepas mandi/waktu nak tidur..insyallah mujarab anak anda takan rewel dan nangis mlm lagi.

#bagi anda yang resdung kuat>.

carikan daun limau purut yang asli sebanyak 7 helai yang agak muda(yang asli ada dua helai)caranya campurkan dengan bedak sejuk secukup untuk jadi bedak dan di ramas gaul sampai hancur daun limau purut tadi sebati bedak sejuk dan sapukan ditempat yang resdung sehingga kering cth dimuka,tangan kaki atau dibadan..insyalah hama akan berkurang gatal juga pergi.(DAUN LIMAU PURUT JUGA BOLEH DIREBUS DAN AIR NYA DIAMALKAN BASUH WAKTU PAGI HARI)

#kena keteguran/sembur pontianak>

sama juga cari daun limau purut 7 helai campur dengan bedak sejuk sapukan seluruh badan mulai dari muka bawa kekaki..

#terkena gatal ulat bulu>

kaedahnya sama seperti diatas cuma campur sedikit garam jantan lebih kurang 3 ketul dan sapukan insyallah hilang bisanya..

petua lagi…

Rekahan tapak kaki>

Kebanyakan wanita sering mengalami alahan pada kaki,seperti kematu,rekahan dan kasar samada alahan simen,bahan cucian lantaidan sebagainya.masalah ini boleh diatasi dengan melumur asam jawa pada kaki,setelah itu cucilah dengan air suam.lakukan dua kali sehari ,diwaktu pagi dan malam. jika diamalkan selalu,tapak kaki anda kembali.

Meredakan batuk yang berpanjangan>

Sedikit perahan air limau nipis,dicampur sedikit garam dan beberapa titik kicap disebatikan mengunakan jari kelinking dan berselawat nabi 3 kali diminum semuanya sekali teguk.Amalan dilakukan 3 kali berturut-turut insyallah batuk tidak lagi menyakitkan dan kelamaan hilang.

Sukar tidur atau resah

Amalan sebelum tidur seeloknya ada air sembahyang,membaca tiga Qul,selesai tarik nafas panjang ,letakan jari telunjuk di antara kedua lubang hidung dan hembuskan nafas melalui lubang hidung anda perlahan-lahan,rasai sebelah mana yang lancar dan kuat.jika kanan tidur kekanan,jika kekiri tidur kekiri,amalan ini juga dapat mengelakan kita digangguan atau pun dirasuk iblis yang dilaknat.

Hindari Rambut Gugur

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah

Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak

Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
• Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
• Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
• Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
• Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
o Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
o Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
• Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
• Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
• Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening

Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
Mencantikkan Rambut

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
o Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
o Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
o Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
1. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
2. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki

Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.
Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

PANTANG LARANG>>>>

SENAMAN>>>

PILIHAN PAKAIAN SEMASA HAMIL>>>

MAKANAN SEMASA PANTANG>>>

TAFSIR MIMPI>>>

WANGIAN>>>

DOA MUSTAJAB>>>DOA MENDAPATKAN ZURIAT

Sememang nya umat islam sinonim dan digalakan sentiasa berzikir dan berdoa kerana ianya pati ibadah,lihat dan carilah didalam AlQuran. Terdapat banyak himpunan doa yang diberikan Allah untuk dihayati dan bacalah setiap hari.Nabi Ibrahim A.s dan Nabi Zakaria A.s tidak pernah putus berdoa kepada Allah meminta agar dikurniakan anak yang soleh sehingga mereka uzur, baru dimakbulkan doa mendapat Zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s

Ya Allah ! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan,terimalah uzur saya,sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku,berikanlah permintaan ku dan Engkau mengetahui yang ada pada diriku,maka ampunilah dosa ku..berikanlah…

Doa Nabi zakaria A.s

Tuhan ku janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri, padahal engkau tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi.

Surah Al-Anbiya 21:89
Tuhanku berikanlah kepadaku dari sisimu keturunan(anak) yang baik,sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

Doa sebelum berjimak

Dengan nama Allah ! jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami(anak)

#Doa ini perlu diamal sebelum berjimak untuk menghindarkan dari gangguan syaitan keatas janin.

MENINGKATKAN AMALAN>>>

AMALAN SUKA BERSEDEKAH

Hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan ahmad diriwayatkan Ahmad.
Tatkala Allah mencipta bumi,maka bumi pun bergetar,Lalu Allah Allah mencipta gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi terdiam.Para Malaikat kehairanan akan penciptaan Gunung tersebut.Kemudian mereka bertanya”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada gunung”.
Allah menjawab”Ada iaitu besi”(kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh rata dikorek oleh bulldozer atau sejenis yang diperbuat daripada besi)
Para malaikat bertanya lagi”Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada besi?”
Allah Yang Maha Suci menjawab,”ada iaitu Api”(besi walau sekeras mana sekalipun cair di bakar api).Para Malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada api?”
Allah Yang Maha Suci menjawab,”ada iaitu Air”(api walau dahsyat mana sekalipun nescaya akan padam tatkala disiram air)).Para Malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab,”Ada iaitu angin”(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat,bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang amat dasyhat,tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat)Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi”Ya Allah,adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”.
Allah Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatanya menjawab,”Ada ,iaitu amal anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya” Ertinya yang paling hebat ,paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih,tulus dan ikhlas tanpa ada unsure menunjuk-nunjuk ataupun diketahui oleh orang lain.
Maka berkaitan dengan ikhlas ini,Rasullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Mekah.”Wahai! segenap manusia!”Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai apa yang diniatkannya”.
Oleh itu hendaknya, kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata,,tanpa rasa ingin dipuji,dianggap dermawan,dihormati,dan lain-lain perkara yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia belaka.

GANJARAN BERSEDEKAH

Rasullah SAW menganjurkan kita agar memperbanyakan bersedekah agar rezeki yang Allah berikan menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah,ganjaran yang berlipatganda(700 kali) dan sebagai ganti sebagaimna Firman-Nya dan sabda Rasullah SAW “Allah Ta’ala berfirman”Adapun orang yang memberikan(hartanya dijalan Allah) dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga)maka kami akan menyiapkan baginya jalan yang mudah”{Qs al lail(92):5-8}
Allah Ta”ala berfirman “perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalanm Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuh tujuh butir,pada tiap butir seratus biji., Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas(kurnia-nya) lagi Maha Mengetahui’{Al Baqarah(2):261}
Rasullah SAW bersabda :setiap awal pagi semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi,yang satu menyeru “Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru “musnahkanlah orang yang menahan hartanya”@

SEDEKAH MENOLAK BALA

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan untuk menolak bala,kesulitan dan perbagai macam penyakit,sebagaimana Rasulullah SAW bersabda”bersegeralah bersedekah,yang namanya bala tidak pernah mendahului dengan sedekah”. “Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah”.”Ubatilah penyakitmu dengan sedekah”.@
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini,,namun persoalannya,seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi,sebagai contoh kadangkala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka menjadi peminta sedekah sebagai pekerjaan,malas dll. padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik(bersedekah), mulai saat ini hendaklah kita hilangkan prasangka yang sedemikian kerana sedekah kita berikan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-nya yang menganjurkan agar umatnya selalu bersedekah.
Masalah yang timbul akibat bersedekah yang tersalah sasaran bukan urusan kita,bersedekah dan bertakwalah kepada Allah yang satu,bayangkan lah kalau tidak ujud fakir miskin,pengemis,orang miskin dll kepada siapa lagi kita berbuat amal(bersedekah).mereka itu merupakan ladang amal bagi mereka yang beramal dan berkemampuan untuk bersedekah.
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan sibuk ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah sebelum sholat Juma’at dan memasukkannya ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah . Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia maupun akhirat kerana tidak mendapat keberkatan, dan sebenarnya, orang yang bersedekah adalah untuk dirinya juga. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.
Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

AKAN TERUS MENGALIR

Dari abu Hurairah RAbahawa sesungguhnya Rasullah SAW telah bersabda,”Bila seorang hamba telah meninggal,segala amalnya terputus kecuali tiga perkara amal jariah,ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakanya”.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s