positif dan negatif penggunaan puting kepada bayi anda

Bayi Guna Puting!

Ramai ibu menggunakan puting sebagai alat penenang kepada bayi semenjak dahulu lagi. Walaupun hari ini ibu bapa banyak didedahkan kepada keburukan penggunaan puting, namun ia tetap digunakan secara meluas dan semakin meningkat. Malah melalui satu kajian melaporkan bahawa dua per tiga ibu menggunakan puting.

Lazimnya puting diberi kepada bayi berusia dua hingga tiga bulan. Bukti juga menunjukkan bahawa ibu bapa cenderung memberikan puting jika bayi itu bayi pertama atau jika bayi itu lelaki. Berikut pro dan kontra terhadap penggunaan puting

Sisi positif
• Seiring peningkatan kematian mendadak kepada bayi, puting dipercayai dapat menyelamatkan nyawa bayi. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan ibu bapa harus segera memberikan anak puting ketika baru menangis. Apabila berhenti menangis, lepaskan puting untuk mengelakkan menjadi kebiasaan.
• Jika bayi anda jenis yang mudah menangis dan puting satu-satunya yang boleh membuatnya berhenti menangis, sebaiknya berikan puting kepadanya. Ini membantu menenangkan buah hati anda.
• Bagi mereka yang pro puting, puting mampu memberi kepuasan refleks hisapan bayi. Ada juga ibu baru yang tidak bersedia menerima risiko ketika memberhentikan penyusuan badan. Jadi puting adalah satu-satunya alat memuaskan hasrat menyusu bayi.
• Menghisap puting juga boleh membantu sesetengah bayi pramatang. Jika mereka diberikan puting untuk dihisap sebelum meminum susu, mereka mungkin boleh beralih dengan lebih senang daripada melalui tiub kepada penyusuan botol. Bayi pramatang yang diberi puting sebelum menyusu menjadi lebih selesa dan tenang semasa disusukan dan selepasnya.

Sisi negatif
• Puting dipercayai menyebabkan jangkitan telinga pada bayi. Menghisap puting menambah kemungkinan jangkitan berpindah dari mulut ke tiub eustachia iaitu saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak.
• Puting telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, cirit-birit dan kolik.
• Doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kerana boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh.
• Penggunaan puting tidak membolehkan bayi membebel yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur. Ia juga tidak menggalakkan bayi berlatih berceloteh yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran berkomunikasi.
• Bukti juga menunjukkan bahawa ibu yang menggunakan puting lebih cenderung untuk bercerai susu lebih awal. Penggunaan puting telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara eksklusif.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s