Tanggapan salah penyusuan bayi

biodex my first choice

1. Ramai wanita tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Tidak benar! Kebanyakan wanita menghasilkan lebih daripada susu yang mencukupi. Malah, susu banyak adalah perkara biasa. Kebanyakan bayi yang naik berat badan secara perlahan atau kehilangan berat badan, terjadi demikian bukan kerana ibu tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi kerana bayi tidak mendapat susu yang ibu yang mencukupi. Sebab biasa bahawa bayi tidak mendapat susu yang mencukupi adalah kerana dia kurang melekap (“poor latch on”) pada puting. Inilah sebabnya mengapa ia begitu penting untuk ibu itu ditunjukkan, pada hari pertama, bagaimana bayi patut dilekapkan dengan betul, oleh seseorang yang tahu apa yang mereka lakukan.

2. Tidak ada susu (tidak cukup) dalam tempoh tiga atau empat hari selepas bersalin. Tidak benar! Ia sering kelihatan seperti itu kerana bayi tidak menghisap dengan betul dan oleh itu tidak mendapat susu yang disediakan. Apabila tidak ada banyak susu (kebiasaannya dalam beberapa hari pertama di mana ini adalah normal), bayi perlu melekap dengan baik untuk mendapatkan susu. Ramai ibu pertama kali akan respon seperti berikut: “tetapi dia telah menghisap selama 2 jam dan masih lapar apabila saya tanggalkan lekapannya”. Apabila tidak dapat menghisap dengan baik, bayi tidak mendapat susu pertama ibu yang dikenali sebagai kolostrum. Apabila susu ibu banyak, bayi yang lekapannya tidak betul masih boleh mendapat banyak susu. Sungguhpun begitu, elok melatih bayi anda melekap dengan betul dari awal lagi (tidak kira susu banyak atau sikit) kerana ia dapat mengelakkan masalah lain (seperti puting merekah, susu merudum) di kemudian hari.

3. Seorang bayi harus menyusu selama (10, 15, 7.6) minit pada setiap sesi. Tidak benar! Walau bagaimanapun, perbezaan perlu dibuat antara “berada di dada” dan “menyusu”. Jika bayi betul-betul minum selama 15-20 minit di sebelah payudara, dia mungkin tidak mahu menyusu di sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara, dan kemudian tertidur, serta melakukan perkara yang sama di sebelah lagi, tiada jumlah masa yang akan mencukupi. Bayi akan menyusu lebih baik dan lebih lama jika dia melekap dengan betul. Kejutkan bayi anda secara lembut jika dia tertidur dia atas dada anda…mungkin gosokkan di telapak kakinya atau mencuit di hujung telinganya.

4. Pam adalah cara yang baik untuk mengetahui berapa banyak susu ibu itu ada. Tidak benar! Berapa banyak susu boleh dipam bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap “stress” ibu. Bayi yang menyusu juga boleh menghisap lebih banyak daripada ibunya dibandingkan susu yang diperah dengan pam. Pam hanya memberitahu anda berapa kuantiti anda boleh pam.

5. Susu ibu tidak mengandungi cukup zat besi, vitamin D, air dan sebagainya. Tidak benar! Susu ibu mengandungi pelbagai zat dan kandungan air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi sehingga ia berusia 6 bulan. Jadi, tidak perlu tambah apa-apa lagi.

6. Jika ibu mempunyai jangkitan atau mengambil ubat-ubatan, dia perlu berhenti menyusu. Tidak benar! Ibu yang berterusan menyusukan bayinya sebenarnya akan melindungi bayi itu. Semasa ibu demam (atau batuk, muntah-muntah, cirit-birit, ruam, dan lain-lain) dia telah memberikan jangkitan kepada bayi, kerana dia telah berjangkit selama beberapa hari sebelum dia juga tahu dia sakit. Perlindungan terbaik untuk bayi daripada mendapat jangkitan adalah untuk ibu itu meneruskan penyusuan. Jika bayi juga jatuh sakit, dia akan kurang sakit jika ibu terus menyusukan bayi. Kemungkinan juga bayi yang memberi jangkitan kepada ibu, tetapi bayi yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit kerana dia menyusu. Mengambil ubat oleh si ibu juga tidak mendatangkan kemudharatan kepada bayi kerana kuantiti ubat yang masuk ke dalam susu terlalu sedikit. Jadi tiada sebab untuk menghentikan penyusuan.

7. Bayi yang menyusu perlu lain-lain jenis susu selepas enam bulan. Tidak benar! Susu ibu memberikan semua keperluan untuk bayi dan mungkin lebih daripada susu lain. Bayi yang berusia lebih daripada enam bulan harus mula dengan makanan pejal supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk makan dan supaya mereka mula mendapat satu lagi sumber besi, di mana pada usia 7-9 bulan, tidak dibekalkan dalam kuantiti yang mencukupi daripada susu ibu semata-mata. Oleh itu, susu lembu atau susu formula tidak perlu selagi bayi menyusu. Kebanyakan bayi yang berusia lebih daripada enam bulan, yang tidak pernah minum susu formula, tidak akan menerimanya kerana rasanya yang berlainan.

8. Seorang wanita yang hamil mesti menghentikan penyusuan. Tidak benar! Jika ibu dan kanak-kanak berkeinginan, penyusuan boleh diteruskan. Sesetengah ibu terus menyusukan kanak-kanak yang lebih tua walaupun selepas melahirkan bayi. Ramai wanita membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan apabila mereka menjadi hamil kerana puting mereka yang sakit, atau atas sebab-sebab lain, tetapi tidak tergesa-gesa atau ada keperluan perubatan untuk berbuat demikian. Malah, sering terdapat sebab yang baik untuk meneruskan penyusuan. Bekalan susu mungkin akan berkurangan semasa mengandung, tetapi jika bayi mengambil makanan lain, ini biasanya tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi akan berhenti menyusu jika bekalan susu adalah rendah.

9. Bayi yang menyusu badan bermungkinan “colic”. Tidak benar! Bayi yang “colic” yang disusui dengan susu ibu sering naik berat badan dengan cepat dan kadang-kadang menyusu kerap. Walau bagaimanapun, ramai yang “colic” bukan kerana mereka makan dengan kerap, tetapi kerana mereka tidak menghisap susu dengan sebaiknya dan sepatutnya. Biasanya, bayi hisap dengan baik untuk beberapa minit pertama, kemudian tertidur. Apabila bayi diberikan sebelah lagi, dia akan minum dengan baik tetapi juga untuk masa yang singkat dan kemudian menggigit atau tidur. Akibatnya, perut bayi diisi dengan susu yang rendah kandungan lemaknya dan dengan itu ia akan menyusu dengan kerap. Pengambilan susu yang kebanyakan kandungan lemaknya adalah rendah juga boleh menyebabkan gas, banyak menangis dan najis yang lebih berair. Ibu boleh menggesa bayi menyusu lebih lama di sebelah yang pertama, dan dengan itu boleh mendapatkan susu yang kandungan lemaknya lebih tinggi, dengan menekan payudara apabila bayi menghisap.

Sebenarnya,banyak lagi tanggapan salah yang boleh disenaraikan . Tetapi inilah yang paling kerap di dengar. Moga dengan ini dapat meningkatkan lagi ilmu penyusuan untuk ibu-ibu semua bagi menangkis tanggapan-tanggapan salah mengenai penyusuan bayi…demi kebaikan bayi kita.

suka photo: suka suka.jpg

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s