Masalah sex diusia berumur

Kenikmatan dan minat pada seks tidak berkurang walaupun anda mengalami pertambahan usia. Lelaki dan wanita berusia lanjut tetap boleh mendapatkan keintiman dan kenikmatan dengan seks. Seks di usia lanjut juga mempunyai manfaat lain, bukan hanya semakin menguatkan hubungan suami-isteri.

Ketika usia semakin bertambah, wanita tidak perlu lagi membimbangkan diri mereka akan hamil setelah bercinta. Hal ini boleh memberi kesan positif , kerana sesi bercinta dapat lebih intim, sensual dan lama.

Namun tentunya setiap orang sedar , apabila anda semakin tua , badan pun berubah. Pasangan pun dapat mengalami beberapa kesulitan menyangkut kehidupan seks.

1 .Vegina Kering
Saat usia bertambah, wanita akan mula merasakan mereka tidak lagi banyak mengeluarkan cecair lubrikasi alami ketika distimulasi pasangan . Faraj yang kering ini biasanya disebabkan oleh menurunnya jumlah hormon estrogen . Hormon tersebut jumlahnya akan semakin berkurang ketika wanita mengalami menopaus. Menurunnya pengeluaran cecair lubrikasi boleh membuat vagina menjadi kurang anjal . Sehingga ketika bercinta, seks akan terasa menyakitkan dan tidak selesa untuk wanita.

Untuk mengatasi masalah faraj kering ini ada dua cara. Pertama dengan menggunakan cairan lubrikasi buatan . Sekarang ini ada banyak cecair lubrikasi buatan yang dijual di pasaran. Sebaiknya pilih yang berbahan dasar air.

Cara kedua adalah dengan terapi hormon. Ketika melakukan terapi ini doktor akan meminta wanita mengambil ubat untuk mengembalikan jumlah hormon estrogen atau memakau krim estrogen . Namun terapi hormon ini belakangan menjadi kontroversi kerana wanita jadi berisiko mengalami kanser payudara, serangan jantung dan stroke. Sebaiknya rujuk kepada doktor mana penyelesaian yang tepat untuk mengatasi masalah faraj kering ini .

2. Disfungsi erektil
Disfungsi erektil ini dialami lelaki yang sudah berusia lanjut. Masalah disfungsi erektil yang terjadi pada mereka berbeza-beza , ada yang sukar orgasme, tidak boleh mempertahankan ereksinya , ereksi terlalu lembek atau kurang perkasa hingga mengambil masa yang lama untuk boleh tegang.

Cara terbaik untuk mengelakkan disfungsi erektil ini adalah ketika usia bertambah, jalani hidup sihat. Makan sihat dengan teratur , sukan dan usahakan berat badan ideal. Lelaki juga sebaiknya berhenti merokok dan minum minuman keras jika tidak mau risiko disfungsi erektil semakin besar.

3. libido rendah
Banyak orang kehilangan ketertarikannya pada seks seiring bertambahnya usia. Menurunnya libido di usia lanjut ini disebabkan kerana banyak hal , seperti:

– Masalah kesihatan kronik, contohnya penyakit jantung atau diabetes
– Masalah emosional, seperti kemurungan atau keletihan.
– Menurunnya level hormon seks di tubuh.
– Mengonsumsi ubat- ubatan untuk mengatasi masalah kesihatan.

Bagi yang mengalami libido rendah ini, disyorkan menemui ahli perubatan. Doktor boleh menukar ubat yang dimakan sehingga tidak memberi kesan pada ghairah seks. Atau doktor juga membantu mendiagnosis masalah kesihatan apa yang menyebabkan orang itu kehilangan ghairah.

suka photo: suka suka.jpg

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s