LET TALK ABOUT KEPUTIHAN..

Masalah keputihan adalah merupakan antara penyebab masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar melalui

vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan melalui vagina merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat and banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan mengapa ianya berlaku. Selain petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di sini beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

>> Jangkitan kulat, akan mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, biasanya keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

>> Kanser pangkal rahim ialah apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.

>>oleh itu anda disarankan penggunaan PRODUK BIODEX bagi menghilang keputihan sekaligus kearah kehamilan anda yang sihat.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s